SK MUZAFFAR SYAH
Berita Semasa
Home
Visi dan Misi
Berita Semasa
Guru-guru Penolong Kanan
Pengerusi Panitia
Pengerusi Panitia
Sejarah
Hubungi kami
Gerbang Pendidikan
Warga SKMS

GPK (Penyelia Petang)
 
     En Kahalit b Othaman mula bertugas di sini pada 1/8/2007 drp SK Mawai. Beliau merupakan bekas guru di sekolah ini mulai 1/12/1989 hingga 15/09/2005. Beliau berharap dapat menjalankan tugas dengan baik. Penyelia Petang sebelum ini adalah En Yahaya. Sekarang beliau bertugas di SK Taman Daya 1 sebagai GPK 1.

sketsaThn5
Sketsa daripada murid Tahun 5

kahalit2.jpg
En Kahalit b Othaman

PELANCARAN SAMBUTAN BULAN  KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH
 
     SK Muzaffar Syah telah mengadakan Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan ke48 Tahun di peringkat sekolah di Dewan Sri Kantin pada 17.08.2005, hari Isnin. Turut hadir ialah Pengerusi PIBG sekolah, Encik A Rahman yang juga Penolong Pengurus Felda Air Tawar 3, Encik Rahmat b Yunus, Guru Besar.
     Sambutan sangat meriah dengan ucapan-ucapan bersemangat, pertunjukan daripada murid, persembahan multimedia dan soalan kuiz pada akhir majlis.

pengerusipibg
Encik A Rahman, Pengerusi PIBG SK Muzaffar Syah sedang memberikan ucapan.

KURSUS DALAMAN `LITERACY ICT Y1`  & zoom-a
 
     Kursus sehari ini telah diadakan pada 30.5.2005, Isnin di Makmal Komputer Sekolah ini. 10 orang guru telah menghadiri kursus ini.
     Encik Ismail telah menyampaikan kursus "Literarcy ICT Y1" dan Encik Kahalit menerangkan tentang penggunaan BBM "zoom-A"  di dalam internet.
     Literacy ICT Y1 ini akan bermula pada awal naik Penggal 2 persekolahan 2005.
 
 
TAKLIMAT MOTIVASI GURU
 
     Sekolah ini telah mengadakan Majlis Taklimat Motivasi Guru pada 26hb Mei, 2005 (Khamis) daripada jam 1.00 tengah hari hingga 2.30 petang. Semua guru hadir termasuk Guru Besar,     Encik Rahmat b Yunus.
     Motivator ialah Encik A Razak dari SK Bandar Penawar 2, Bandar Penawar . Beliau adalah Guru Besar di sekolah tersebut. Ribuan terima kasih diucapkan di atas motivasi yang diberikan. Ia sungguh bermakna,  berguna juga dapat menyuntik semangat baru sempena  Hari Guru Tahun ini.
 

kahalit.jpg
Cikgu Kahalit bin Othaman ( Anugerah Hari Guru Daerah Kota Tinggi 2005) "Guru Ibarat Lilin"

 
ANUGERAH`GURU IBARAT LILIN`
 
Pada Hari Guru Peringkat Daerah Kota Tinggi pada 25hb Mei, 2005, bertempat di SMK Semencu, seorang guru sekolah ini, Cikgu Kahalit b Othaman telah dianugerahkan sebagai `Guru Ibarat Lilin` kategori Sekolah Rendah.  Anugerah ini adalah sebagai mengiktiraf sumbangan bakti ikhlas beliau terhadap tugas guru di sekolah ini tanpa mengira batas waktu. Tahniah dan `Selamat Hari Guru.`
 
MOTIVASI IBU BAPA PELAJAR UPSR 2005
 
     Satu ceramah motivasi ibu bapa pelajar UPSR  2005 telah diadakan di Dewan Orang Ramai Felda Air Tawar 3 pada 8.5.2005. Majlis tersebut dianjurkan oleh Skim Tuisyen Felda dan sekolah.
     Penceramahnya iala Tn Hj Sakijan b Muri, Pengetua SMK(A) Bandar Penawar, Bandar Penawar.
 
KEJOHANAN OLAHRAGA KE-19
 
     Pada 27.04.2005  sekolah ini telah  mengadakan Kejohanan Olahraga  Kali ke-19. Perasmian telah disempurnakan oleh Saudara Roslaili b Jahari, Ketua Cawangan UMNO Felda Air Tawar 3.
 
     Rumah Merah telah menjadi Johan diikuti oleh Rumah Hijau, Rumah Kuning dan Rumah Biru.
 
MAULID NABI MUHAMMAD S.A.W
 
     Pada 5.5.2005 pula Majlis Maulid Nabi Muhammad S.A.W  telah diadakan. Penceramah jemputan ialah Ustaz Mohd Nizam b Noh dari SK Bandar Penawar 2, Bandar Penawar. Persembahan penceramah amat menarik kerana beliau banyak menggunakan bahan multimedia dalam ceramahnya seperti notebook dan alat tayang LCD.
     Penduduk setempat telah `rewang` sepanjang malam membantu menyediakan jamuan makan pada hari tersebut. Warga SK Muzaffar Syah telah dijamu nasi minyak yang lazat. Pakar Masak yang menyediakan makanan ialah Tn Hj Rahmat.
 
MAJLIS PENYERAHAN MAKMAL KOMPUTER SKMS
 
Penyerahan makmal komputer SKMuzaffar Syah  Felda Air Tawar 3,KOTA TINGGI, pada 18 Oktober 2004 di dalam Makmal Komputer SK Muzaffar Syah.
 
Majlis penyerahan telah dilaksanakan oleh EN.ADHA daripada syarikat Komputer Pintar Johor Bahru mewakili DRB-HICOM,
kepada Guru Besar SKMS En.Rahmat Bin Yunus. Majlis tersebut juga dihadiri oleh Encik Mahadan b Sari daripada PPD Kota Tinggi.

signing.jpg
Tandatangani Penyerahan Makmal Komputer (MAKOM) SK Muzaffar Syah pada 18.10.2004

Kedatangan GPK 1 Yang Baru
 
Encik Mustaffa b Mohd Said telah bertukar dari SMK Dato`Sri Amar , Muar ke sekolah ini menjawat jawatan GPK 1 mulai 1 Nov, 2004. Selamat Datang diucapkan kepada beliau. Semoga beliau akan senang  dan lama  bertugas di sini.
mus.jpg
Encik Mustaffa b Mohd Said, GPK 1

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN SKMS 2004
 
Majlis anugerah ini telah diadakan pada 8 November 2004.
perasmian majlis ini dilaksanakan oleh Pengurus Felda Air Tawar 3,En. Nor Mahadi.
 
Majlis ini berjalan dengan lancar dan meriah bagi menyaksikan murid-murid skms yang berjaya didalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
 
Terima kasih diucapkan kepada semua warga pendidik skms didalam menjayakan majlis ini.

Sekolah ini telah menerima Guru Besar baru mulai 1.11.2003. Beliau adalah Encik Rahmat bin Yunus dari SK Felda Semencu. Beliau telah menggantikan Tuan Haji Osman bin Abdullah yang telah bertukar ke SK Batu 10, Labu, Negeri Sembilan mulai 1.11.2003 yang baru lalu.

Sehingga hari ini, beliau telah berjaya memimpin  pentadbiran sekolah ini dengan jayanya. Mudah-mudahan beliau akan kekal lama di sini meneruskan khidmat bakti kepada pelajar dan  masyarakatnya.

Guru Besar
Guru Besar, Encik Rahmat bin Yunus

Pertukaran GPK 1
 
Puan Norlizah bt Hanafiah, GPK 1, telah bertukar ke SK Semangar, Kota Tinggi kerana naik pangkat menjadi Guru Besar mulai pada 01/03/2004.Tempat beliau digantikan oleh Encik Kahalit b Othaman (Lantikan Guru Besar) sementara menunggu GPK 1 hakiki tiba.

Puan Norlizah, Bekas GPK 1
Puan Norlizah bt Hanafiah

En Kahalit
En Kahalit b Othaman (Menjalankan Tugas GPK 1)

Kunjung Bantu - Lawatan Pegawai ke SK Muzaffar Syah
 
Seramai 13 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang terdiri daripada pengetua dan guru besar  daerah Kota Tinggi akan membuat lawatan `Kunjung Bantu` ke sekolah ini pada 22/6/2004, hari Selasa jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
 
Semua warga SKMS sedang mempertingkatkan usaha untuk melengkapkan kehendak-kehendak dalam instrument pemantauan yang disediakan.
 
SELAMAT DATANG
 
Pertandingan Tilawah dan Berzanji
 
Baru-baru ini, seorang murid Tahun 6 Firdaus dari sekolah ini telah berjaya menjadi Johan Berzanji Peringkat Daerah Kota Tinggi 2002. Beliau ialah Hanafi bin Mohamad. Ia juga telah mewakili Daerah Kota Tinggi ke Peringkat Negeri Johor di Kluang.
 
Kejohanan Olahraga MSSZ Kota Tinggi.
 
Sekolah ini telah berjaya  muncul sebagai Juara keseluruhan daripada 21 buah sekolah yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga MSSZ Bandar 2002 di SK Laksamana, Kota Kecil, Kota Tinggi.
 
Kejohanan Olahraga MSSJ di Johor Bahru.
 
Beberapa orang murid telah mewakili MSSD Kota Tinggi. Seorang murid, Mohd Faiz, murid  Tahun 4 Hidayah, telah berjaya mendapat tempat ketiga dalam acara Lompat Tinggi bawah 10 Tahun. Syabas..
 
Tuan Rumah Pesta Bola Baling MSSZ Bandar
 
Sekolah ini akan menjadi tuan rumah Pesta Bola Baling MSSZ Bandar pada 13 Jun 2002. Sebanyak 12 pasukan lelaki dan perempuan akan merebut kejuaraan. Ia juga bertujuan untuk memilih pasukan yang mewakili zon ke MSSD hujung bulan Jun  yang dijangka akan diadakan di sini juga.
 
Sebanyak 3 buah gelanggang lengkap telah disediakan oleh guru sekolah ini diketuai oleh Cikgu Kahalit Othaman.
 
Kembali Ke Rahmatullah
 
Anak Cikgu Kahalit dari sekolah ini, Siti Hajar, murid Tahun 4 Firdaus, telah kembali ke Rahmatullah pada 17.04.2002 bersamaan 4 Safar 1423 kerana sakit `ketumbuhan dalam otak`. Mula di kesan penyakit ini hujung bulan Januari, 2002. Meninggal dunia di Pusat Kesihatan Sg. Rengit, Pengerang, jam 3.30 pagi.
 
Sedekah pahala bacaan Al-Fatihah untuknya. Al-Fatihah.... Aamin.
 

sh2.jpg
Siti Hajar, kembali ke Rahmatullah pada 17.4.2002 bersamaan 4 Safar, 1423. Al-Fatihah..

Kenaikan Pangkat
 
Puan Hajah Rokiah Bt Katan telah dinaikkan menjadi Guru Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah ini baru-baru ini. Beliau menggantikan Puan Lim Lee Lee yang telah bertukar ke SK Kota Jaya, Kota Tinggi.
 
Puan Rokiah mula  bertugas di sekolah ini mulai tahun 70an lagi sehinggalah hari ini. Bertugas dengan penuh dedikasi dan ikhlas telah membuahkan keberkatannya. Semoga dapat menjalankan tugas dengan jayanya. TAHNIAH.

Hj Osman, Bekas GB SKMS
Tn Hj Osman b Abdullah

Kenangan Lalu
 
Guru Besar
 
 Bekas Tuan Guru Besar yang lama adalah Tuan Haji Osman bin Abdullah. Beliau merupakan guru besar yang mesra guru dan mudah didekati. Mengambil berat hal kebajikan guru dan kakitangan lain; apa lagi  kepada murid-murid yang dikasihinya. Beliau tegas dalam melaksanakan kehendak perkhidmatan. Beliau mula bertugas di sekolah ini mulai 15/02/2001 hingga 30/10/2003.
 
Beliau bertukar ke SK Batu 10, Labu, Seremban, NS.
      
        Beliau kini menetap di Taman Pinang Gading, Seremban. Baru-baru ini, anak beliau telah berjaya melanjutkan pengajian di Multimedia Universiti. Tahniah diucapkan.
 
       
 

Guru Penolong Kanan Satu
  
Guru Penolong Kanan Satu (Kurikulum) sekolah ini, Puan Norlizah Hanafiah, merupakan seorang yang bersungguh-sungguh dalam pekerjaannya. Bimbang dan cemas antara `style`nya apabila hendak menyiapkan tugasan pengurusan sekolah atau kehendak daripada Jabatan.
 
Beliau sering mendapat kerjasama daripada guru-guru lain dalam melaksanakan tugasnya. Beliau baik hati dan sentiasa bertimbang rasa.
 
Beliau kini bertukar naik pangkat menjadi Guru Besar di SK Semangar,Kota Tinggi mulai 01/03/2004. Menetap di Taman Sri Saujana, Jalan Johor, Kota Tinggi.