SK MUZAFFAR SYAH
Sejarah
Home
Visi dan Misi
Berita Semasa
Guru-guru Penolong Kanan
Pengerusi Panitia
Pengerusi Panitia
Sejarah
Hubungi kami
Gerbang Pendidikan
Warga SKMS

Sejarah Sekolah
 
Sekolah SK Muzaffar Syah dibuka pada 5.1.1975. Terletak 12 Km dari bandar Kota Tinggi menghala ke Pengerang di Selatan Johor. Berada di tengah perkampungan Felda Air Tawar 3 yang dihuni lebih kurang 300 keluarga peneroka.
 
Pada asalnya, sekolah ini  bernama Sekolah Kebangsaan LKTP  Air Tawar 3. Selepas penubuhan PIBG, permohonan menukar nama  kepada `Sekolah Kebangsaan Muzaffar Syah` telah diajukan kepada  Menteri Pendidikan waktu itu, YB Dr Mahathir b Mohamad. Permohonan diluluskan.
 
Nama `Muzaffar Syah` diambil  sempena nama `Sultan Muzaffar Syah` yang telah bersemayam di Bukit Seluyut memerintah Johor waktu itu. Bukit Seluyut terletak berhampiran Felda Air Tawar 3. Kini makam baginda ada di Bukit Seluyut  di tepi Sungai Johor yang kini di bawah peliharaan `Persatuan Sejarah Kota Tinggi`.
 
Sekolah ini telah mengadakan Sambutan Jubli Perak pada tahun 2000 kerana genap 25 tahun kewujudannya. Di antara agendanya ialah mengumpulkan semua bekas guru-guru besar, guru-guru  paling awal bertugas ( hari pertama), bekas guru-guru lama, bekas murid-murid khasnya yang telah berjaya dan menjawat jawatan penting dalam negara dan lain-lain lagi. Perhimpunan ini juga telah berjaya menghidupkan semula nostalgia guru dan murid-murid lama yang rata-rata datang dengan keluarga.
 
 

`Klik` di sini untuk email sekolah

Kronologi Pembangunan di SK Muzaffar Syah (1975 - 2002)
 
1. Kerja pembinaan bangunan sekolah satu blok dua tingkat dan kantin bermula pada 1974.
2. Dibuka pada 5 Januari, 1975 kepada anak-anak peneroka Felda Air Tawar 3.
3. Bilangan murid pertama seramai 29 orang dan 3 orang guru.
4. Tiga orang guru muda tersebut ialah Encik Bolkiah b Mohd Yusof, Encik Salahuddin b Sulaiman dan Encik Masiman.
5. Pada 20 Mei, 1975 PIBG sekolah ini telah ditubuhkan.
6. Guru Besar pertama, Encik Ahmad bin Hussin memulakan tugas pada 22 Mei, 1975.
Menteri Pendidikan pada masa itu, YB Dr. Mahathir b Mohamad telah meluluskan nama sekolah ditukar daripada SK LKTP Air Tawar 3 kepada SK Muzaffar Syah sempena dengan nama Sultan Johor yang ke-4 (1564-1570).
7. Pada 6 Januari, 1980 bangunan tambahan Blok `B` mula dibina untuk menampung pertambahan murid dan mula digunakan pada 9 September, 1982.
8. Pada 9 Disember, 1993 kerja membina bangunan Blok `C` telah dimulakan tetapi ditangguhkan atas sebab yang tidak dapat dielakkan.
9. Bangunan tambahan (Blok`C`) yang mengandungi 7 buah bilik darjah, satu unit bilik Kemahiran Hidup, sebuah bilik SPBT dan tandas guru dan murid telah siap dibina. Ia mula digunakan pada 6 Jun, 1997.
10. Menjelang 2002, sekolah ini mempunyai murid seramai 420 orang, 21 orang guru dan 5 orang pekerja 2 kakitangan pejabat.
11. 1hb Januari, 2004 Prasekolah telah dibuka di sekolah ini dengan bilangan murid seramai 25 orang, seorang guru iaitu  Puan Miskiah bt Hj Asserah dan seorang Pembantu Pra.
12. Pada 18hb Oktober, 2004 pula sekolah ini telah menerima penyerahan Bangunan Makmal Komputer yang telah siap untuk digunakan. Ia mengandungi 21 buah komputer, satu unit server dan tersedia sekali sambungan `schoolnet`.
13. Awal tahun 2005, sekolah ini mempunyai murid seramai 420 orang, 27 orang guru, seorang Pembantyu Tadbir, seorang Pembantu Am Rendah, 2 orang Jaga dan 4 orang Pekerja Swasta.